Thursday, January 17, 2008

Cerita yang kedua...

Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’. Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa). Beranak 3 kali dalam masa 2 tahun dan cepat matang-biasanya 6 bulan.

Baka asli dengan campuran kambing dari European, Angora & Indian . Bertanduk dengan telinga yang bergelong. Berbagai warna dan corak. Dianggap sebagai kambing pedaging. Berat jantan diantara 110-135 kg; betina diantara 90-100 kg. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu harian > 200 g/hari. Cepat matang - biasanya 6 bulan untuk jantan & 10-12 bulan betina. Purata kadar ovulasi 1.7 telur/anak. Biasanya kadar beranak 200% . Memanjangkan tempoh musim beranak - 3 kali beranak dalam masa 2 tahun. Kadar bercerai susu 160%. Boleh meragut - impak terhad kepada rumput atas( grass cover).